Tahun Baru Hijrah

Assalamualikum,

setelah sekian lama x menjengah ke blog nie. dh bersarang habis dah..huhu…Pantas sungguh masa berlalu…tanpa disedari kita telah pun melangkah ke tahun baru hijrah. Semoga Azam pada tahun lepas dapat kita laksanakan dengan sebaik2 nya. jika mungkin ada yang x tercapai, pasti ada hikmah disebaliknya..sebagai manusia x perlu untuk mudah berputus asa. sandarkan segala harapan pd yang Maha mengetahui. Sesunguhnya Dia yang lebih mengetahui apa yang tebaik buat hamba2nya.

buat masa nie..x de la bosan sangat sebab dh dpt kerja sementara( atau mungkin selama2nya) hehe…Alhamdulillah masuk je tahun baru Hijrah, ditakdirkan untuk bekerja di sebuah syarikat yang menawarkan catering service..( apa kaitan dengan biotech?) hermmm mmg x de kaitan pun..tp ada kaitan dengan minat yang mendalam selama ini..hehe..(photography). kerja mestilah bukan sesuatu yang menekan atau membuatkan kita rasa tertekan.jika situasi itu berlaku makanya sudah pasti seseorang tak dapat menumpukan 100% komitmen terhadap kerja yang dilakukan. seterusnya akan memberi impak yang mendalam terhadap prestasi dlm syarikat. Oleh itu minat yang mendalam serta kerja yang menggembirakan mampu membawa kita pergi lebih jauh. insyaAllah.

Alhamdulillah walaupun kerja x de la berat pun…hanya membantu accountant, terlibat dalam skop pemasan..urusan pengkeranian…failkan segala dokumen2..angkat telefon..cop segala dokumen berkaitan. itu lah rutin harian. X Bosan ke? hermmm x bosan pun sebenarnya sbb mmg suka buat kerja2 pengurusan dan segala yang berkaitan dengannya. staff hanya 5 orang je 3 perempuan dan 2 lelaki. Ada bilik solat dalam office yang besar..ruang dapur..shower dan toilet. restoran berada ditingkat bawah. sebenarnya company nie menguruskan catering service disekitar Shah Alam dan selangor. Mungkin jika di Shah Alam pasti sudah dikenali ramai. Sajian d hidang telah beroperasi lebih kurang 10 tahun. Biasanya customer terdiri dari golongan2 yang berpendapatan tinggi terutamya bila melibatkan majlis perkahwinan. raya lepas menguruskan catering majlis rumah terbuka Menteri Besar selangor pd hari raya pertama di i City Shah Alam..minggu lepas menguruskan Majlis perkahwinan Anak Anwar Ibrahim. tidak ketinggalan juga menjadi pilihan golongan Dato’ di sekitar Shah Alam. (sedikit promosi..heheh)

Macam mana tetiba leh kerja plak dengan company catering nie?? sebenarnnya pemilik syarrikat Sajian d hidang adalah sepupu belah ibu. secara kebetulan ada kekosongan di syarikat tersebut..jadi dia minta untuk bantu company sementara menanti peluang pekerja di dalam bidang Biotech nie..( haish betul ke nak keje dlm bidang Biotech nie..mcm x berapa enjoy je?? :P ) Nway satu lagi benda menarik bila kerja kt situ, dapat la promote kabussenja photography untuk dimasukkan dalam service. Alhamdulillah satu lagi peluang untuk maju dalam bidang photography nie. skop tugas buat masa nie diarahkan hadir wedding events yang grand untuk ambil gambar2 foods + presentation + khemah untuk tujuan promosi bg syarikat. Hampir setiap minggu la jawabnya menghadiri majlis perkahwinan…huhu( bila plak nk kawen?? opppsss biarlah rahsia) hahaha.. dalam masa yang sama sedang membangunkan website untuk company tue..website yang lama dh expire.. so far tgh kumpulkan stock2 photos untuk backgroud layout. x de la pandai sangat nak buat website. mungkin guna free website..wix mungkin. utk buat sementara waktu.

Semalam jumpa Saiful Nang!!! jumpa di Shah Alam sek 3 rumah Dato’ Wahab. Sajian d Hidang buat catering kt situ..dan company suruh amik gambar event tue. dan saiful Nang jd OP utk majlis tue. so dpat lah jumpa photographer terkemuka malaysia tue..seorang yang ramah, mudah berkongsi ilmu dan simple. sempat bergambar dengan saiful Nang..hehe..hopefully lepas nie dpt la jumpa photographer2 yg lain so that boleh timba pengalaman. tp seronok dapat memerhati bagaimana dia amik gambar..jelas seorang yang expert.

kesimpulannya isnin-jumaat duduk dioffice, weekend jika ada event2 besar jd OP untuk Sajian d hidang..dalam masa yang sama boleh jumpa photographer lain + dpt buat network + buat portfolio yang lebih menarik terutamanya jika melibatkan nama2 besar. ( bukannya memilih tp itu lah corak pemikiran masyarakat diluar sana..jd bertindak mengikut realiti)

Untuk yang berminat dengan Sajian d hidang. boleh hubungi kami di Talian 03-55108776.


About this entry